RESIDENSI MENGGATAL adalah sebuah kediaman yang dibina berdasarkan reka bentuk moden yang merangkumi kemudahan asas untuk memberikan keselesaan dan membantu penduduk dalam menjalankan urusan harian mereka. Keselamatan penduduk dan persekitaran kediaman di RESIDENSI MENGGATAL turut diutamakan melalui komuniti berpagar dan berkawal.
Terletak berhampiran Jalan Sepanggar, RESIDENSI MENGGATAL mempunyai akses mudah ke Kota Kinabalu dengan pelbagai infrastruktur seperti pusat membeli-belah, masjid, kedai serbaneka, beberapa sekolah, UiTM Sabah, dan banyak lagi. Kawasan kediaman moden dan lengkap ini terdiri daripada 1,200 unit apartmen dengan keluasan antara 850 kaki persegi hingga 1,053 kaki persegi, sesuai untuk individu bujang, yang baru berkahwin, atau mereka yang mempunyai keluarga.