Soalan Lazim Mengenai
Kempen Rumah PR1MA Kita +
Kempen Rumah PR1MA Kita +
Syarat Kelayakan
- Promosi Jualan ‘‘Rumah PR1MA Kita +” (“Promosi”) akan bermula pada 13hb Mac 2026 sehingga 31hb Disember 2026 (“Tempoh Promosi”). Hanya untuk Pembeli-Pembeli projek pembangunan PR1MA yang terpilih sahaja seperti dibawah

- Promosi ini terbuka untuk Pembeli – Pembeli yang membuat pembelian rumah di bawah projek-projek PR1MA terpilih sepanjang Tempoh Promosi ini berlangsung dan memenuhi semua Terma & Syarat promosi dan pembelian. Kelayakan adalah berdasarkan tarikh Surat Tawaran Pembelian Rumah PR1MA (OTP) dikeluarkan dan ditandatangani oleh Pembeli.
- Bayaran penuh Harga Pembelian rumah PR1MA seperti dalam Perjanjian Jual Beli, sama ada melalui kemudahan pinjaman dan/atau pembayaran tunai serta semua jumlah yang perlu dibayar di bawah Perjanjian Jual Beli tersebut mesti dijelaskan untuk mendapat hadiah percuma Rumah PR1MA Kita +; di mana penebusan hadiah percuma ini mestilah dibuat dalam tempoh enam (6) bulan daripada tarikh pemilikan kosong. Sekiranya tempoh tersebut luput, pihak PR1MA tidak akan melayan sebarang permohonan penebusan hadiah percuma tersebut.
- Pembeli dan/atau pembeli-pembeli hendaklah menandatangani Surat Akujanji untuk Promosi Rumah PR1MA Kita +.
- Bagi tujuan Terma & Syarat ini, PR1MA merujuk secara kolektif pada Perbadanan PR1MA Malaysia atau Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia sebuah pertubuhan yang diperbadankan di bawah Akta Perumahan Rakyat 1Malaysia, 2012 [Akta 739] (“Akta PR1MA 2012”) serta termasuk anak-anak syarikatnya, pengganti dan penerima yang dibenarkan.
Tawaran Promosi
- Promosi “Rumah PR1MA Kita +” menawarkan:
- Hadiah percuma, iaitu “barangan elektrik” seperti yang ditetapkan oleh Perbadanan PR1MA Malaysia.
Tawaran ini hanya terpakai untuk pembelian yang memenuhi kesemua Terma dan Syarat Promosi dan pembelian.
Terma-Terma Khas
- Penebusan Hadiah hanya akan diproses oleh syarikat pembekal pihak ketiga setelah penerimaan surat tebusan dan penyelesaian penuh Harga Belian rumah PR1MA terpilih sama ada melalui kemudahan pinjaman atau pembayaran tunai serta semua jumlah yang terhutang di bawah Perjanjian Jual Beli tersebut, tertakluk kepada pengesahan pihak PR1MA dan seperti dinyatakan dalam syarat kelayakan (no.3).
- Segala jenama, reka bentuk, warna, dan dimensi/saiz Hadiah akan ditentukan oleh PR1MA atas budi bicara mutlak PR1MA tanpa sebarang notis kepada semua Pembeli-Pembeli terlebih dahulu.
- Sekiranya Hadiah tidak tersedia pada masa berikut, PR1MA berhak menggantikan Hadiah tersebut dengan pakej Hadiah lain yang memiliki nilai yang sama dari mana-mana pembekal, jenama, model yang sama atau berlainan menurut budi bicara mutlak pihak PR1MA tanpa merujuk kepada Pembeli-Pembeli terlebih dahulu.
- Pengubahsuaian Hadiah (jika ada) akan dikenakan kos tambahan yang ditanggung sepenuhnya oleh Pembeli – Pembeli dan semua urusan pengubahsuaian akan dilakukan antara Pembeli – Pembeli dan syarikat pembekal yang berkaitan. Segala risiko yang berkaitan dengan kerja-kerja pengubahsuaian juga adalah atas risiko dan tanggungjawab Pembeli – Pembeli sendiri.
- Pihak PR1MA tidak memberikan jaminan terhadap kualiti, kesesuaian tujuan, atau kesesuaian penggunaan, dan tidak menerima sebarang liabiliti dan/atau tanggungjawab terhadap Hadiah tersebut.
- Penghantaran Hadiah hanya akan dibuat ke alamat projek PR1MA yang dibeli oleh Pembeli-Pembeli untuk promosi ini. Penghantaran Hadiah adalah tanggungjawab syarikat pembekal pihak ketiga dan oleh itu, Pembeli – Pembeli perlu berhubung terus dengan syarikat pembekal pihak ketiga tersebut. Pihak PR1MA tidak bertanggungjawab dan tidak mempunyai apa-apa tanggungan rugi bagi apa-apa kos tambahan yang akan ditanggung oleh Pembeli-Pembeli akibat daripada penebusan Hadiah dan susun atur yang dibuat bersama pihak pembekal yang berkenaan.
- Semua perkhidmatan selepas jualan yang berkaitan dengan Hadiah perlu dirujuk kepada syarikat pembekal pihak ketiga dan sebarang kos tambahan akan ditanggung sepenuhnya oleh Pembeli – Pembeli.
- Segala jaminan waranti yang berkenaan (jika ada) yang diberikan oleh syarikat pembekal masing-masing kepada Pembeli – Pembeli perlu berhubung terus dengan mereka berkenaan sebarang aduan, kecacatan, dan/atau tuntutan berkaitan dengan Hadiah tersebut. Untuk mengelakkan sebarang keraguan, pembetulan kecacatan semasa Tempoh Liabiliti Kecacatan yang diberikan di bawah Perjanjian Jual Beli, jika ada, tidak meliputi Hadiah.
- Pihak PR1MA dengan ini berhak untuk mengubah atau meminda mana-mana terma yang dinyatakan di sini dari semasa ke semasa dengan atau tanpa notis kepada Pembeli – Pembeli.
- Hadiah tidak boleh dalam apa-apa keadaan dan kaedah dipindah milik, diserah hak kepada mana-mana pihak ketiga dan secara tunggal dan mutlak diberikan kepada Pembeli-Pembeli yang layak. Hadiah tidak boleh dalam apa-apa keadaan atau kaedah ditukar atau ditebus oleh Pembeli-Pembeli yang layak dalam apa-apa bentuk nilai, perdagangan atau pertukaran atau cara lain selain daripada yang ditetapkan oleh PR1MA. Hadiah tidak boleh dalam apa jua keadaan ditukarkan sebagai nilai gantian kepada Harga Belian yang ditetapkan di dalam Perjanjian Jual Beli.
Pembatalan Kelayakan
- Pembeli-Pembeli yang melanggar sebarang Terma dan Syarat Promosi ‘‘Rumah PR1MA Kita +”, sebarang terma-terma di bawah Perjanjian Jual Beli bagi pembelian rumah PR1MA, mana-mana undang-undang dan/ atau peraturan yang berkuatkuasa akan dibatalkan kelayakan secara automatik tanpa sebarang notis pampasan, dan segala kos pembatalan hendaklah ditanggung secara sepenuhnya oleh Pembeli-Pembeli.
- Sekiranya Pembeli-Pembeli membatalkan pembelian rumah PR1MA atau membuat apa-apa perkara yang membatalkan Perjanjian Jual Beli setelah proses Jual Beli disempurnakan, nilai Hadiah akan ditolak daripada jumlah pembayaran 10% daripada Harga Belian rumah PR1MA yang telah dijelaskan.
Terma dan Syarat Am
- Dengan mengambil bahagian di dalam Promosi ini, Pembeli-Pembeli dianggap sudah memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat ini sepenuhnya.
- Pihak PR1MA tidak bertanggungjawab dan tidak mempunyai apa-apa tanggungan rugi bagi apa-apa kos tambahan yang akan ditanggung oleh Pembeli-Pembeli akibat daripada penebusan Hadiah dan susun atur yang dibuat oleh Pembeli-Pembeli bersama syarikat pihak pembekal yang berkenaan. Pihak PR1MA juga tidak dalam apa-apa keadaan dan kaedah memberikan sebarang waranti dan jaminan sama ada secara tersurat atau tersirat berkaitan ketersediaan dan penggunaan apa-apa Hadiah yang ditebus dan susun atur yang dibuat dengan syarikat pembekal berkenaan.
- Penyertaan Pembeli-Pembeli untuk Promosi ini adalah di atas risiko sendiri. PR1MA, syarikat pegangan, anak syarikat, lembaga pengarah, pegawai, kakitangan, rakan jualan, penaja dan/ atau wakilnya tidak boleh dipertanggungjawabkan atas sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami, termasuk tetapi tidak terhad kepada kehilangan secara tidak langsung atau berbangkit, atau bagi kecederaan diri sendiri atau mana-mana pihak ketiga dalam apa jua keadaan dan cara berhubung dengan penebusan dan/ atau penggunaan Hadiah. Pembeli-Pembeli menanggung rugi PR1MA terhadap apa-apa tuntutan, tindakan, kerugian atau ganti rugi yang dibuat oleh mereka sendiri atau oleh mana-mana pihak ketiga yang lain dalam apa jua keadaan atau cara berhubung dengan Promosi ini, penebusan dan/ atau penggunaan Hadiah.
- Sebarang perubahan pada sebarang klausa dan/ atau klausa – klausa Terma dan Syarat Promosi ini termasuk untuk menukar Tempoh Promosi, membuat penggantian Hadiah, membatalkan, menamatkan, atau menggantung Promosi secara keseluruhan atau sebahagian adalah tertakluk di bawah bidang kuasa PR1MA sepenuhnya dan tanpa sebarang liabiliti kepada pihak PR1MA. Sekiranya terdapat sebarang perubahan kepada Terma dan Syarat, Pembeli/ Pembeli-Pembeli bersetuju bahawa penyertaan berterusan mereka dalam Promosi ini akan membentuk penerimaan terma dan syarat (seperti yang diubah). Tiada sebarang notis akan diberikan terlebih dahulu atas sebarang perubahan Promosi ini.
- Segala keputusan yang dibuat oleh PR1MA berhubung dengan Promosi ini adalah muktamad dan mengikat, dan sebarang surat-menyurat atau rayuan tidak akan dilayan.
- Promosi ini tidak dalam apa-apa keadaan dan kaedah menjadi sebarang penambahan, variasi atau pindaan kepada Perjanjian Jual Beli di antara PR1MA dan Pembeli-Pembeli yang membeli kediaman PR1MA.
- Kos dan perbelanjaan yang ditanggung dan/ atau yang timbul daripada penyertaan dalam Promosi ini, termasuk tanpa batasan, kos-kos berkenaan dengan penebusan dan pengunaan Hadiah, telekomunikasi, rangkaian, perkhidmatan pesanan ringkas, penghantaran dan semua caj lain dan perbelanjaan luar poket yang mungkin ditanggung oleh Pembeli-Pembeli semasa atau berkaitan dengan Promosi ini akan ditanggung oleh Pembeli-Pembeli sendiri.
- Dengan menyertai Promosi ini, Pembeli-Pembeli bersetuju dengan pemprosesan Data Peribadi mereka oleh PR1MA selaras dengan Notis Privasi seperti di laman sesawang rasmi PR1MA https://rumahkita.pr1ma.my/dasar-privasi/
- Dengan mengambil bahagian di dalam Promosi ini juga, Pembeli-Pembeli dianggap memberikan kebenaran sepenuhnya kepada Perbadanan PR1MA Malaysia untuk menggunakan foto dan/ atau video Pembeli-Pembeli serta maklumat berkaitan bagi tujuan pemasaran dan promosi sama ada secara dalam talian atau luar talian.