PEMBANGUNAN MENYELURUH DIKELILINGI KEJIRANAN YANG SEMPURNA
Berkonsepkan ciri-ciri moden dan inovatif, RESIDENSI MERU semestinya menjadi pilihan utama bagi mereka yang mengimpikan kehidupan selesa serta kondusif. Residensi ini dikelilingi alam semula jadi serta landskap berlatarbelakangkan kehijauan gunung dan kebiruan langit. RESIDENSI MERU terletak di kawasan yang sedang membangun dan mempunyai kemudahan serta infrastruktur yang serba lengkap untuk kesejahteraan komuniti.