Gabungan sempurna pembangunan kota yang dikelilingi himpunan landskap semula jadi menjadikan RESIDENSI BANDAR BUKIT MAHKOTA sebagai kediaman lengkap untuk seisi keluarga. Semestinya lokasi yang sesuai untuk mencari ketenangan daripada kesibukan kota. RESIDENSI BANDAR BUKIT MAHKOTA merupakan kawasan kediaman yang berpagar dan berpengawal. Selain dilengkapi sistem kamera litar tertutup (CCTV), ia juga menampilkan ciri keselamatan tambahan termasuklah akses kad pintar.