Diskaun sehingga 25% untuk pelbagai kediaman seluruh Malaysia! Rebut peluang ini sekarang!

Jom Lawat Show Unit Residensi Melaka Tengah 2!

Berita baik untuk anda yang sedang mencari rumah pertama atau sedang meninjau peluang memiliki kediaman baharu di Melaka! Show Unit Residensi Melaka Tengah 2 kini dibuka dan anda dijemput untuk datang melawat serta merasai sendiri suasana kediaman PR1MA yang direka untuk keselesaan keluarga moden.

Rekaan Moden, Praktikal & Selesa

Show unit ini menampilkan konsep rekaan moden yang mengutamakan keselesaan, pencahayaan semula jadi, serta penggunaan ruang yang efisien. Setiap sudut rumah direka supaya pengunjung boleh membayangkan kehidupan sebenar di dalamnya. Dari ruang tamu yang lapang, bilik tidur yang selesa, hingga dapur yang praktikal untuk kegunaan harian.

Anda juga boleh mendapatkan idea bagaimana ruang rumah boleh digunakan dengan lebih kreatif dan efektif. Susun atur perabot, gabungan warna dan dekorasi yang ditampilkan boleh memberi inspirasi untuk menyesuaikan rumah mengikut citarasa dan gaya hidup anda sendiri.

Pelbagai Kemudahan Menarik untuk Keluarga

Residensi Melaka Tengah 2 bukan sekadar menawarkan unit kediaman yang selesa, tetapi juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk keselesaan komuniti. Antara kemudahan yang disediakan termasuk:

  • Gymnasium – ruang kecergasan untuk gaya hidup sihat.
  • Surau – kemudahan ibadah untuk kegunaan penduduk.
  • Wading Pool – kolam renang cetek untuk kanak-kanak berseronok dengan selamat.
  • Multipurpose Hall – ruang serbaguna bagi majlis keluarga dan pelbagai aktiviti komuniti (bersaiz tiga gelanggang badminton)
  • Playground – taman permainan yang selesa dan selamat untuk kanak-kanak.

Dengan kemudahan yang lengkap ini, ia menjadikan projek ini pilihan ideal untuk keluarga yang mengutamakan keselesaan, keselamatan dan kemudahan hidup.

Lokasi di Kawasan Pesat Membangun

Terletak di kawasan strategik yang semakin berkembang, Residensi Melaka Tengah 2 berada berhampiran sekolah, hospital, kedai, kemudahan awam serta akses jalan utama. Lokasi ini memberi kemudahan mobiliti yang tinggi kepada penduduk dalam rutin harian mereka.

Mengapa Anda Perlu Melawat Show Unit Ini?

  • Melihat sendiri reka bentuk dan kualiti kediaman PR1MA.
  • Menilai kesesuaian ruang mengikut keperluan keluarga.
  • Mendapat idea dekorasi dan susun atur yang menarik.
  • Mengetahui lebih banyak maklumat mengenai proses permohonan dan tawaran semasa daripada pasukan jualan PR1MA.

Jom Datang Melawat!

Kami menjemput anda untuk datang ke Show Unit Residensi Melaka Tengah 2 pada bila-bila masa yang sesuai. PR1MA Sales Frontliner sentiasa bersedia untuk membantu menjawab pertanyaan anda dan memberikan penerangan lanjut.

Alami sendiri reka bentuk kediaman yang menggabungkan fungsi, gaya serta keselesaan. Semuanya dalam satu komuniti yang lengkap dengan kemudahan.


Jumpa anda disana!