Kempen Rumah PR1MA Kita + kini berlangsung! Diskaun sehingga 30% dan Pakej Percuma Bernilai sehingga RM10,500. Rebut peluang anda sekarang!

Beli Rumah Pertama Tanpa Stress!

Beli rumah pertama tak sepatutnya rasa macam nak lari marathon dalam lumpur! Memang milestone besar dan buat anda excited, tapi kalau tak kena gaya, bab home financing boleh buat anda kepala pening…

Jom kita “bedah” macam mana nak beli rumah tanpa stress.

Ukur Baju di Badan Sendiri.

Bank luluskan pinjaman RM500k tak bermakna anda wajib beli rumah harga RM500k. Reality Check: Pastikan lepas bayar ansuran bulanan, anda masih mampu makan mewah sesekali, bayar bil, dan simpan tabung kecemasan.

Berapa Bank Boleh “Payung”? 💸 (Had Pinjaman)

Jumlah pinjaman bergantung kepada berapa banyak rumah yang anda sudah miliki. Untuk rumah pertama, anda boleh dapat pembiayaan sehingga 100% melalui skim seperti SJKP atau inisiatif bank. Secara umum, bank bagi 90% untuk rumah pertama dan kedua. Namun, untuk rumah ketiga dan seterusnya, had pinjaman jatuh kepada 70% sahaja mengikut garis panduan BNM. Jadi, rancang strategi pembelian anda dengan bijak!

Lulus atau Tidak? Semak DSR Anda! Walaupun anda layak mendapat margin tinggi, bank tetap akan melihat Debt Service Ratio (DSR). DSR adalah nisbah jumlah hutang sedia ada (seperti loan kereta, kad kredit, atau PTPTN) berbanding gaji bersih anda.

Tips: Kebanyakan bank menetapkan had DSR sekitar 60% hingga 70%. Jika komitmen bulanan anda sudah terlalu tinggi, bank mungkin akan mengurangkan margin pinjaman atau menolak permohonan tersebut. Jadi, pastikan rekod kewangan anda “sihat” sebelum memohon!

Geng 5% ke 10%”: Kos Tersembunyi Yang Wajib Anda Tahu! 💸

Ramai tersangkut sebab ingat kena sedia deposit 10% sahaja. Hakikatnya, ada “kos ekstra” yang menanti sebelum anda dapat kunci:

  • Yuran Guaman (Legal Fees): Bayaran untuk peguam uruskan dokumen jual beli (SPA) dan pinjaman.
  • Duti Setem (Stamp Duty) & MOT: “Cukai” setem untuk dokumen pinjaman dan urusan tukar nama geran rumah ke nama anda.
  • Legal Disbursement Fees: Kos sampingan seperti caj carian tanah, pendaftaran, dan kos pos dokumen.
  • Insurans Kebakaran (Fire Insurance): 🔥 Pihak bank mewajibkan insurans ini untuk melindungi aset mereka (iaitu rumah anda).

Tips: Jangan harap semua kos ini masuk dalam loan. Sediakan wang extra sekurang-kurangnya 5% daripada harga rumah supaya proses pembelian anda tidak terhenti di tengah jalan

Berita baik untuk bakal pemilik rumah!

BSN, sebagai salah satu panel bank PR1MA, kini ada kempen “Rumah Untuk Semua” yang menawarkan pembiayaan lebih mudah dan kadar kompetitif.

🎁 Bukan sekadar dapat rumah, anda juga berpeluang menang sebahagian daripada hadiah lumayan bernilai RM50,000. Ini caranya:

  • Tempoh: Mohon sekarang sehingga 30 Jun 2026.
  • Kelayakan: Terbuka kepada semua pemohon Pembiayaan Perumahan BSN MyHome/i.
  • Syarat Mudah: * Jumlah pembiayaan minimum RM100,000.
  • Setiap permohonan yang lengkap & sah secara automatik layak untuk 1 mata penyertaan cabutan.

Kesimpulannya? Rancang awal, buat homework, dan jangan segan untuk bertanya. Impian miliki rumah idaman anda boleh menjadi reality, good luck!