Follow PR1MA Sekarang
Sertai Aktiviti PR1MA di TikTok dan Berpeluang Memenangi Pelbagai Hadiah Menarik!
@pr1mahomes Tak perlu risau, tiada paksaan untuk membeli! Berminat nak tahu lebih tentang kediaman PR1MA? Jom singgah bila-bila masa, tanya apa saja soalan, dan tengok sendiri rumah contoh kami. Kami faham, membeli rumah adalah satu keputusan besar, dan kami sedia membantu anda memahami segala yang anda perlukan. Hubungi PR1MA Sales Hotline (Wilayah Tengah) di 019 – 272 2991 untuk maklumat lanjut. #pr1mahomes #pr1ma #residensikajangutama #kajang #rumahpertama #property ♬ original sound - PR1MAHomes
@pr1mahomes POV: Bila you join Azfar Heri Badminton Club featuring PR1MA Homes Residensi Kajang Utama @azfarheri approves tak? #PR1MA #PR1MAHomes #ResidensiPR1MAKajangUtama #hartanah #rumahpertama #hartanahmalaysia #ejenhartanah #perundinghartanah #rumahidaman #hartanahuntukdijual #propertymalaysia #rumahuntukdijual #pelaburanhartanah #rumahimpian #AzfarHeri #BadmintonClub #BadmintonNight #ResidensiKajangUtama #AzfarHeriBadmintonClub #FYP ♬ original sound - azfarheri
@pr1mahomes Anda mencari rumah baru tapi belum sempat nak keluar tengok rumah contoh? Jangan risau! Tonton video ringkas dan padat tentang Residensi Rumpun Bahagia ini - hanya tinggal 5 unit sahaja lagi! Lihat sendiri keindahan kediaman ini dari segi reka bentuk dan fasiliti yang lengkap untuk gaya hidup inklusif dan harmoni. PRIMA Sales Hotlines (Wilayah Selatan) 019 - 600 2567 #pr1mahomes #pr1ma #melaka #residensirumpunbahagia #property #housetour ♬ original sound - PR1MAHomes
@pr1mahomes Bila abang pengawal pun rasa macam King Khan, bayangkan sendiri vibe kalau anda duduk sini. Hari ni dia bukan setakat jaga keselamatan tapi siap bagi tour penuh dengan latar belakang lagu Hindustan! Dari surau, gimnasium, gelanggang badminton, dewan serba guna sampai ke taman permainan. Semua dia tunjuk dengan gaya hero Bollywood. Jom beli rumah di Residensi Seremban Sentral. Hubungi PR1MA Sales Hotline Wilayah Selatan untuk maklumat lanjut. #pr1ma #pr1mahomes #prima #pr1makita #serembansentral ♬ original sound - PR1MAHomes
@pr1mahomes Dulu bujang lapok, sekarang bujang stylo! Rumah sendiri di Residensi Utama, Kedah besar dan selesa! #pr1mahomes #rumahpertama #prima #property #residensiutama #kedah #sungaipetani #rumahteres #rumahraya #kuihraya #bajuraya2025 #iftar ♬ original sound - OA
@pr1mahomes Miliki Kediaman PR1MA Impian Anda – Kini Lebih Mudah bersama BSN! Kempen pembiayaan kediaman BSN bersama PR1MA kini berlangsung dari 1 April hingga 30 September 2025! Inilah masa terbaik untuk anda memohon pembiayaan BSN MyHome/i bagi projek PR1MA pilihan anda. Selain menawarkan pembiayaan yang fleksibel dan mesra pelanggan, anda juga berpeluang memenangi baucar Harvey Norman bernilai sehingga RM40,000!* Jangan lepaskan peluang ini! 📞 Hubungi PR1MA Sales Hotline hari ini untuk maklumat lanjut. 📌 *Tertakluk pada terma & syarat. @BSN #pr1ma #pr1mahomes #bsn #pr1mabsn #bsnmyhome/i #pembiayaanrumah #rumahpertama #property ♬ original sound - PR1MAHomes

Pelbagai Hadiah Untuk Dimenangi

Sony PS5

VR Headset

Skuter Elektrik

Basikal Lumba

Set Berkhemah
Terma dan Syarat Cabaran TikTok House Tour PR1MA
1. Kelayakan
a. Cabaran TikTok PR1MA (“Peraduan”) terbuka kepada semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas.
b. Peserta mesti mempunyai akaun TikTok yang sah untuk penyertaan. Akaun dianggap sah jika nama pengguna sah, gambar profil menyerupai peserta, dan terdapat sekurang-kurangnya 1-2 hantaran di akaun tersebut.
c. Kakitangan PR1MA Corporation Malaysia (“PR1MA”) dan anak syarikatnya tidak layak untuk mengambil bahagian.
2. Tempoh Peraduan
a. Peraduan bermula pada 11 November 2024 dan berakhir pada 11 Disember 2024 (“Tempoh Peraduan”).
b. Penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan tidak akan dipertimbangkan.
3. Cara Penyertaan
a. Cipta video tarian menggunakan lagu “I Am The Best” oleh 2NE1.
b. Video mesti mengandungi:
- Latar belakang yang berubah, menampilkan sekurang-kurangnya dua kawasan berbeza dalam rumah (ruang dalaman dan/atau luaran).
- Koreografi yang mengikuti video contoh di akaun TikTok rasmi PR1MA, GIGAPR1MAHOMES, dengan pilihan untuk menambah langkah tarian sendiri. c. Hantaran mesti mengandungi:
- Kapsyen dengan tanda pagar: #GIGAPR1MAHomes, #PR1MAHouseTourChallenge, dan #PR1MAisthebest.
- Tag lima rakan dalam kapsyen video atau di ruangan komen.
d. Muat naik video di TikTok menggunakan akaun yang berada dalam mod awam (public) untuk memastikan ia boleh dilihat.
4. Garis Panduan Penyertaan
a. Video tidak boleh mengandungi sebarang kandungan yang tidak sesuai atau menyinggung perasaan. PR1MA berhak untuk membatalkan penyertaan yang dianggap tidak sesuai atau melanggar garis panduan komuniti TikTok serta mengambil tindakan lanjut jika perlu.
b. Hanya satu penyertaan bagi setiap akaun TikTok dibenarkan.
c. Semua penyertaan mestilah asli dan dicipta khusus untuk Peraduan ini. Video yang diterbitkan sebelum ini tidak akan diterima.
5. Pemilihan Pemenang
a. Penyertaan akan dinilai berdasarkan kreativiti, keaslian, kepatuhan kepada mekanik peraduan, dan penglibatan (suka, perkongsian, dan komen).
b. Pemenang akan dipilih oleh panel hakim yang dilantik oleh PR1MA. Semua keputusan yang dibuat oleh hakim adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.
c. Pemenang akan diumumkan melalui saluran media sosial rasmi PR1MA.
6. Hadiah
a. Hadiah tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai atau barangan lain.
b. PR1MA berhak untuk menggantikan hadiah dengan barangan serupa jika perlu, tanpa notis terlebih dahulu kepada peserta.
7. Penggunaan Kandungan
a. Dengan menyertai, peserta memberikan hak penuh kepada PR1MA untuk menggunakan, mengeluarkan semula, dan berkongsi video yang dihantar untuk tujuan promosi di saluran media sosial PR1MA, laman web, dan bahan pemasaran lain tanpa royalti atau bentuk pampasan lain, dengan pengiktirafan yang sewajarnya diberikan kepada pencipta asal.
b. PR1MA berhak untuk menggunakan dan mengekalkan video tersebut selama mana yang diperlukan.
8. Liabiliti
a. PR1MA tidak bertanggungjawab terhadap sebarang isu teknikal atau gangguan di platform TikTok yang mungkin menjejaskan penyertaan.
b. Peserta bertanggungjawab sepenuhnya atas sebarang risiko dan/atau kerugian berkaitan penyertaan dalam Peraduan ini.
c. Peserta bersetuju untuk melepaskan dan menanggung rugi PR1MA daripada sebarang tuntutan, kerugian, kos, kerosakan, liabiliti, tindakan, dan prosiding yang timbul daripada penyertaan dalam Peraduan ini.
9. Privasi
a. Maklumat peribadi yang dikumpul hanya akan digunakan untuk mentadbir Peraduan dan pemberian hadiah. Dengan menyertai, peserta dianggap telah membaca dan bersetuju dengan Notis Privasi di laman web PR1MA.
b. PR1MA akan mengendalikan semua data mengikut undang-undang privasi yang terpakai dan dasar privasinya.
10. Syarat Am
a. PR1MA berhak untuk meminda, menggantung, atau membatalkan Peraduan pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
b. Dengan menyertai, peserta bersetuju untuk mematuhi terma dan syarat ini serta garis panduan komuniti TikTok.