Soalan Lazim Mengenai
Kempen Rumah PR1MA Kita

Kempen GIGA PR1MA Homes
1. Apakah itu kempen Rumah PR1MA Kita?
“Rumah PR1MA Kita” ialah kempen jualan yang menawarkan diskaun sehingga 25% untuk projek-projek terpilih PR1MA di seluruh negara. Bagi 500 pembeli terawal yang menandatangani Perjanjian Jual Beli (SPA), mereka juga akan ditawarkan pakej peranti rumah pintar percuma serta langganan Internet selama 1 tahun percuma.
2. Bilakah tempoh kempen Rumah PR1MA Kita berlangsung?
Kempen Rumah PR1MA Kita bermula pada 23 Julai 2025 dan berakhir pada 31 Disember 2025. Semua tempahan bagi projek-projek yang tersenarai di dalam kempen ini layak untuk menikmati insentif yang ditawarkan tertakluk kepada Terma & Syarat yang ditetapkan.
3. Apakah syarat kelayakan untuk kempen ini?
- Pembeli rumah PR1MA layak menerima manfaat kempen ini sekiranya memenuhi semua kriteria berikut:
- Pakej peranti rumah pintar dan langganan internet percuma selama satu (1) tahun hanya ditawarkan kepada 500 pembeli terawal yang menandatangani Perjanjian Jual Beli (SPA), dengan semua bayaran dan/atau amaun yang perlu dijelaskan kepada PR1MA telah diselesaikan sepenuhnya.
- Setiap SPA hanya layak untuk satu (1) pakej peranti rumah pintar dan satu (1) langganan Internet percuma selama satu (1) tahun, tanpa mengira bilangan pembeli/pembeli bersama bagi satu unit projek PR1MA yang terlibat dan dibeli dalam tempoh kempen.
4. Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang kempen Rumah PR1MA Kita?
Maklumat lanjut dan terkini boleh didapati di laman web rasmi kempen di rumahkita.pr1ma.my.
5. Apakah projek yang terlibat dalam kempen Rumah PR1MA Kita?
Senarai projek PR1MA seluruh Malaysia yang terlibat dalam kempen ini boleh dirujuk di rumahkita.pr1ma.my
6. Bolehkah saya memindahkan pakej peranti rumah pintar atau langganan Internet percuma kepada orang lain?
Tidak. Pakej peranti rumah pintar dan langganan Internet tidak boleh dipindah milik dan hanya terikat kepada hartanah yang dibeli serta nama pembeli seperti yang dinyatakan dalam SPA.
7. Adakah diskaun dan rebat yang ditawarkan sama untuk semua projek PR1MA yang terlibat?
Tidak semestinya. Tawaran diskaun dan rebat berbeza mengikut projek. Sila rujuk laman web kempen di rumahkita.pr1ma.my untuk maklumat khusus mengikut projek yang berkenaan.
8. Adakah kelayakan saya untuk kempen Rumah PR1MA Kita boleh terbatal?
Ya. Pembeli yang melanggar mana-mana Terma dan Syarat kempen Rumah PR1MA Kita, mana-mana terma dalam Perjanjian Jual Beli bagi projek PR1MA yang terlibat, atau mana-mana undang-undang dan/atau peraturan yang berkuat kuasa, akan terbatal kelayakannya secara automatik tanpa sebarang notis atau pampasan. Segala kos pembatalan akan ditanggung sepenuhnya oleh pembeli.